Semua Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Perak

Semua Pengetua / Guru Besar seperti senarai di bawah ;

Adalah dimaklumkan pentadbiran ini telah menerima laporan melalui Mesyuarat Penyelarasan Pembayaran Perkhidmatan Internet Dalam Tempoh Interim dan 1BestariNet Sekolah-sekolah Negeri Perak yang dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak pada 21 Mac 2013, terdapat 111 buah sekolah masih mempunyai tunggakan bayaran talian internet interim bagi  tahun 2011 dan 2012 yang berjumlah RM443,638.81.

Sehubungan itu, pihak sekolah diminta membuat semakan dan pengesahan jumlah tunggakan tersebut melalui Penolong Akauntan PPD masing-masing atau Puan Suhana Mohd Alias (JPN) di talian 05-5015199. Pengesahan tunggakan tersebut hendaklah dibuat melalui borang pada Lampiran B yang diedarkan oleh PPD atau boleh dimuat turun pada lampiran berikut :

Joomla SEF URLs by Artio