SOALAN-SOALAN LAZIM

MATA PELAJARAN SAINS PERTANIAN

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

 

1.     Apakah Pakej mata pelajaran yang sesuai untuk menawarkan M/P Sains Pertanian?

Pakej Sains Tambahan:-

contoh : Matematik Tambahan + Sains Tambahan + Sains Pertanian

 

2.     Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk menawarkan M/P Sains Pertanian  di sekolah?

Syarat-syarat minima:-

i.  Bilangan murid minima 16 orang

ii. Guru beropsyen Sains Pertanian

iii. Ada bilik khas/makmal

iv. Ada kawasan untuk amali perkebunan sekurang-kurangnya 5 m x 7 m

 

3.      Bagaimanakah kaedah yang betul untuk menutup / tidak menawarkan lagi M/P Sains Pertanian?

Merujuk kepada minit Mesyuarat Bersama Ketua-ketua Sektor Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional yang telah diadakan pada 17 hingga 18 Mac 2010 di Kementerian Pelajaran Malaysia,  (Para 2.2 i) memaklumkan bahawa:

(a)   Sebarang pembukaan kelas baru hendaklah dimaklumkan kepada BPTV sebelum sesi tahun persekolahan bermula.

(b)   Penutupan kelas tidak digalakan kerana ianya melibatkan perkara seperti berikut:

i.     Tempoh jaminan peralatan baru yang diterima.

ii.  Apabila kursus (mata pelajaran) tidak ditawarkan lagi oleh pihak sekolah, fasiliti bilik darjah akan diambil oleh sekolah untuk tujuan lain dan menyukarkan usaha untuk menawarkan kembali mata pelajaran tersebut.

iii. Jika kelas ditutup, usaha untuk mencapai matlamat MKRA akan sukar kerana penutupan kelas akan menguncupkan enrolmen PTV.

(c)    Walau bagaimanapun, bagi urusan Anggaran Belanja Mengurus (ABM), segala penawaran/ penutupan kelas hendaklah dimohon secara rasmi kepada Sektor Pengurusan Sekolah dan menghantar salinannya kepada Sektor Pengurusan Akademik DUA tahun sebelum kelas berkenaan dibuka atau ditutup. Syarat ini adalah untuk melicinkan proses Anggaran Belanja Mengurus (ABM) yang ditetapkan oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia.