SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL.1 TAHUN 2013 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN DI SEKOLAH RENDAH

TUJUAN

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menggariskan peraturan dan tatacara pentadbiran, pengurusan kewangan dan perakaunan dalam melaksanakan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah rendah mulai bulan Mei tahun 2013.

KRITERIA KELAYAKAN

1. Murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

2. Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) adalah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa

3. Murid yang bersekolah di sekolah Orang Asli / Penan dan Murid Berkeperluan Khas (OKU) layak secara automatik dan

4. Semua murid yang tinggal di asrama TIDAK LAYAK menerima RMT.

- Untuk maklumat lanjut sila muat turun surat pekeliling di bahagian attachment -

Joomla SEF URLs by Artio