Soalan-soalan lazim berkaitan Pengurusan Teknik dan Vokasional


1.     BAGAIMANAKAH MEMOHON MASUK KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAN VOKASIONAL ?

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional (BPTV), Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengeluarkan iklan kemasukan pada bulan September setiap tahun. Permohonan hendaklah dibuat secara on-line. Sila layari laman web : www.moe.gov.my

 

2.     BAGAIMANA MENGETAHUI KEPUTUSAN PERMOHONAN ?

Keputusan permohonan akan diumumkan secara on-line dan boleh di semak pada bulan Januari setiap tahun

 

3.     SEKIRANYA GAGAL PERMOHONAN, BAGAIMANAKAH CARA MEMBUAT RAYUAN ?

Pemohon boleh membuat rayuan terus ke Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional yang dipohon. Sebarang kemusykilan atau pertanyaan, boleh hubungi Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional yang berhampiran.

 

4.     APAKAH ALAMAT SURAT MENYURAT BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ?

PENGARAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 
62604 PUTRAJAYA

TEL : 03-8884 5154