Semua Penolong PPD/ Penyelia ICT Daerah,


Selaras dengan pelaksanaan MS ISO 9001:2008, pihak tuan adalah diminta mengambil tindakan susulan terhadap semua sekolah yang gagal menghantar Cetakan Pengesahan Sekolah dan Cetakan Ralat Data EMIS bagi kutipan data Jun 2013. Tindakan ini hendaklah dibuat dalam bentuk surat rasmi dari PPD memohon penjelasan sebab sekolah gagal mematuhi arahan JPN kepada sekolah-sekolah berkenaan. Rujukan arahan kemaskini data EMIS Online ialah :( J.Pel.Pk.(ICT)4668/11/3/1 Jld.3(10) bertarikh 8 Januari 2013).

Untuk makluman, kegagalan sekolah berbuat demikian telah menjejaskan prestasi JPN Perak dan hendaklah dielakkan di masa hadapan. Sila pastikan semua sekolah telah menghantar cetakan dimaksudkan sebelum 24 Julai 2013.

Berikut senarai sekolah yang perlu diberi perhatian oleh PPD.

 

AHA8002 SMV SERI ISKANDAR
ARA2001 SBP INTEGRASI GOPENG
AEB6054 SMK HUA LIAN

 

 

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

Joomla SEF URLs by Artio