Semua PPD, Pengetua, Guru Besar dan Pembantu Tadbir Negeri Perak,

Merujuk kepada pengumuman yang dimaklumkan melalui Aplikasi EMIS Online 22 Julai 2013, semua PEMBANTU TADBIR diminta muat turun Manual Pengguna Aplikasi Kehadiran Guru melalui menu Fungsi Lain. Namun untuk memudahkan semua pihak, sila muat turun manual di bawah.

Adalah diharapkan juga semua Pengetua/ Guru Besar mengarahkan Pembantu Tadbir (bukan mengarahkan Guru) mengisi maklumat keberadaan guru di sekolah setiap hari diakhiri dengan klik Butang Pengesahan. JANGAN SESEKALI menangguh pengesahan sehingga sesi petang atau keesokkan harinya kerana maklumat semasa sangat diperlukan oleh KPM, JPN dan PPD.

 

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

Joomla SEF URLs by Artio