Canlı Mac İzle Canlı Mac İzle Bahis Siteleri Deneme Bonusu Bonus Veren Siteler Casino Siteleri Bedava Bahis
FAQ KOKURIKULUM - Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Perak
Cetak
Jumlah paparan: 5222

1.     Adakah dibenarkan ahli-ahli kelab/ persatuan/ unit beruniform menjalankan aktiviti berkhidmat dan memungut sumbangan secara terbuka diluar kawasan sekolah?

Sila rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil : 7/1983: Garis Panduan Mengenai Pungutan Derma Melibatkan Pelajar Sekolah

 

2.     Perlukah rekod aktiviti kokurikulum dihantar bersama- sama surat pertukaran pelajar yang berpindah sekolah?

Perlu

 

3.     Apakah tindakan yang harus dilakukan sekiranya berlaku kemalangan kepada murid semasa menjalakan aktiviti luar?

Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil : 4/1991: Pelaporan Kejadian Tidak Diingini di Sekolah Dan Pekeliling Ikhtisas Bilangan : 3/1995: Pelaksanaan skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Semua Pelajar Sekolah Kerajaan Dan Bukan Kerajaan.

 

4.    Adakah perlu kelab/persatuan mempunyai perlembagaan/ peraturan?

Dimestikan. Akta Pendidikan 1996. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 Berkuatkuasa 21 Mei 1998

 

5.     Adakah semua pelajar dikehendaki menyertai kegiatan kokurikulum ?

Sila rujuk SPI Bil : 1/1985 ; Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS)

 

6.     Bolehkah aktiviti dijalankan di dalam  kawasan sekolah hanya di bawah pengawasan jurulatih luar/ jurulatih bukan guru?

Semua aktiviti, sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah mestilah sentiasa di bawah pengawasan Guru Penasihat Kelab/ Persatuan.

 

7.   Saya bercadang untuk mengadakan aktiviti di Pusat Kokurikulum Negeri pada tahun ini.  Bagaimana dan siapa perlu saya hubungi?

Memandangkan permintaan untuk menggunakan Pusat Kokurikulum Negeri dan cawangan-cawangannya agak tinggi, anda disarankan untuk menghantar surat permohonan setahun lebih awal. 

 

 

Bagi sekolah-sekolah di luar negeri Perak atau agensi luar sila hantarkan kepada:

 

Pengarah,

 

Jabatan Pendidikan Perak

 

Jalan Tun Abdul Razak

 

30640 Ipoh

 

 

Bagi sekolah-sekolah di dalam negeri Perak, sila hantarkan kepada:

 

Penolong Pengarah

 

Pusat Kokurikulum Negeri

 

Jabatan Pendidikan Perak

 

32300 PANGKOR

 

 

ATAU

 

email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

Anda juga boleh bertanyakan kepada En. Ahmad bin Man [P. Pengarah (Program dan Aktiviti)] di talian 05-6859100 bagi mendapatkan maklumat lanjut.

 

8.Apakah syarat-syarat untuk menjadi seorang Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri?

a) Guru-guru yang bertugas di negeri Perak

 

b) Telah disahkan dalam jawatan

 

c) Berminat menjalankan aktiviti-akviti pendidikan luar seperti perkhemahan, orienteering, berkayak, berenang, "wall climbing" dan sebagainya

 

d) Mempunyai tahap kesihatan yang baik untuk menjalankan aktiviti

 

e) Boleh memberikan komitmen untuk dipanggil bertugas pada masa-masa yang ditetapkan oleh Pusat Kokurikulum Negeri

.

 WAJIB mengikuti Kursus Asas Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri.

9. Bolehkah saya membuat permohonan untuk menjadi seorang Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri?

Boleh.  Nyatakan butiran diri anda seperti nama, alamat bertugas, no telefon/faks kepada:

 

Penolong Pengarah,

 Pusat Kokurikulum Negeri,

Jabatan Pelajaran Perak

 (U.P Penolong Pengarah Kejurulatihan)

ATAU

 SMS kepada En. Mohd Eddy bin Idris (Ketua Jurulatih) di talian 013-5130285.

 

 

Joomla SEF URLs by Artio