1.     Apakah perbezaan antara TADIKA DAN TASKA ?

TADIKA adalah bermaksud Taman Didikan Kanak-Kanak dan TASKA adalah bermaksud Taman Asuhan Kanak-Kanak. Permohonan menubuhkan TADIKA adalah melalui Jabatan Pelajaran Negeri sementara TASKA adalah di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kohot umur Tadika 4 hingga 6 tahun dan Taska di bawah 4 tahun.

 

2.     Bagaimana Proses Kerja Penubuhan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) ? 

Proses Kerja Penubuhan IPS adalah mengikut langkah - langkah berikut :-

1.  Mengisi borang permohonan penubuhan (Borang BPS1)-Panduan Mengisi Borang Permohonan IPS

2.  Membuat carian nama di SSM ( Borang P1A )

3.  Hadir ke JPN /PPD bagi mendapatkan bimbingan penubuhan IPS.

4.  Menghantar borang yang lengkap ke JPN.

5.  JPN akan memproses borang yang lengkap sahaja. Borang yang tidak lengkap akan dipulangkan untuk di buat pembetulan.

6.  Lawatan penubuhan akan dilakukan oleh pegawai daripada JPN/PPD.

7.  Mendapat Sijil Perakuan Sementara daripada JPN (untuk tempoh 1 Tahun)( IPS boleh beroperasi )

8.  Mendapatkan surat sokongan 3 agensi iaitu Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Pejabat Kesihatan Daerah.

9.  Menerima  Surat Perakuan Pendaftaran Kekal IPS.

10. Memohon permit Pengelola, Pekerja dan Guru

12. Mula beroperasi secara rasmi

 

3.     Berapa Bayaran Penubuhan IPS? 

Bayaran Penubuhan IPS

A) Fee Permohonan Pendaftaran IPS

      i) Sekolah  :  RM 300.00

      ii) Pusat Tuisyen / Kemahiran : RM 150.00

B) Fee Permohonan Membaharui Pendaftaran IPS

      i) Sekolah  :  RM 100.00

      ii) Pusat Tuisyen / Kemahiran :  RM 50.00

C) Fee Permohonan Pertukaran Premis / Perubahan Premis : RM 50.00

D) Fee Permohonan Permit Mengajar :

      i) Permohonan : RM 5.00

      ii) Pengeluaran : RM 1.00

E) Fee Permohonan Permit Mengajar :  RM 1.00

F) Fee Permohonan Gantian Permit Perakuan Pendaftaran / Pengelola / Pekerja : RM 10.00

 

4.     Berapa Bayaran Penubuhan Tadika ?  

Bayaran Untuk Penubuhan Tadikamengikut Kaedah - kaedah Pelajaran (Kindergarten dan Sekolah Asuhan (Pendaftaran) 1972) - Akta Pelajaran 1961

A) Permohonan untuk pendaftaran : RM 5.00

B) Permohonan untuk pendaftaran sebagai pengelola, pekerja atau guru : RM 5.00

C) Pengeluaran sesuatu perakuan pendaftaran sementara bagi tadika (atau sesuatu permit untuk bertugas sebagai pengelola, pekerja atau guru ) : RM 2.00

D) Atas pengeluaran mana - mana perakuan gantian atau permit gantian : RM 5.00

E) Permohonan memperbaharui pendaftaran bagi tadika (permit tadika sementara / permit pendaftaran tadika guru / permit pengelola dan pekerja) : RM 2.0

 

5.      Bolehkah saya membuka Tadika di rumah teres yang bukan lot tepi ( Corner Lot ) ? 

 Boleh. Tadika boleh di buka di mana-mana sahaja seperti Balai Raya, kawasan rumah ibadah, pangsapuri, pasar raya, rumah kedai dan sebagainya asalkan mematuhi peraturan-peraturan yang telah di tetapkan. Tuan/Puan digalakkan untuk bertanya dan berbincang dengan Pegawai Pendidikan Swasta di JPN / PPD bagi mendapatkan panduan dan nasihat.

 

6.      Siapakah yang boleh dan tidak boleh mengajar selain daripada guru di IPS swasta? 

1.  Lembaga pengelola termasuk Pengerusi IPS tidak dibenarkan mengajar.

2.  Guru Besar boleh mengajar

 

7.      Berapa lamakah proses penubuhan IPS ? 

1.  Tadika dalam tempoh 7 hari bekerja selepas borang yang diterima LENGKAP.

2.  IPS lain dalam tempoh 45 hari bekerja selepas borang yang diterima LENGKAP.

 

8.     Berapakah  umur minima dan maksima bagi guru di Tadika ? 

 Umur minima guru bagi Tadika  ialah tidak kurang daripada 18 tahun dan maksima 60 tahun.