Semua Pegawai Pelajaran Daerah

Semua Pengetua

Semua Guru Besar

 

Assalamualaikum & Salam Ramadhan

ANUGERAH SURAU IMARAH SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN KALI PERTAMA TAHUN 2014M/1435H

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan Anugerah Surau IMARAH (dahulu dikenali sebagai Surau 5 Bintang) Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435H.

3.  Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dikehendaki membuat penilaian kendiri dengan mengisi Instrumen Penilaian dan dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing (u.p : Unit Pendidikan Islam) bersama-sama gambar sebelum atau pada 2 September 2013 (Isnin).

4. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah dirujuk kepada Ustaz Ahmad Rusli bin Hj. Abdul Gani, Penolong Pengarah Pembangunan Syiar Islam di talian 05-2414000 / 012-6344542.

5.  Surat maklumat, Instrumen Penilaian dan Jadual Pelaksanaan boleh dimuat turun di bawah.


Sekian, terima kasih.

 

Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam

Sektor Pendidikan Islam

Joomla SEF URLs by Artio