1.   Di sekolah manakah terdapat Program Pendidikan Khas Integrasi ?

Peta Taburan Program Pendidikan Khas Integrasi Negeri Perak

Senarai PPKI Perak Prasekolah

Senarai PPKI Perak Sekolah Rendah 

Senarai PPKI Perak Sekolah Menengah

 

 2.   Apakaha jenis Program Pendidikan Khas yang ditawarkan oleh Jabatan Pelajaran Perak kepada murid-murid kurang upaya?

Antara Program Pendidikan Khas yang ditawarkan  untuk pelajar yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya adalah :

Ø  Program Pendidikan Khas Integrasi ( Masalah Pembelajaran )

Ø  Program Pendidikan Khas Integrasi ( Masalah Penglihatan )

Ø  Program Pendidikan Khas Integrasi ( Masalah Pendengaran )

Ø  Program Pendidikan Khas Integrasi ( Pendidikan Khas Prasekolah )

Ø  Program Disleksia

 

3.  Bagaimanakah cara untuk memohon kemasukan kanak-kanak berkeperluan khas ke Program Pendidikan Khas?

Carta alir kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas integrasi.

 

 

Borang BPKKKU (Pindaan 1/2009) - Kanak-Kanak

            Borang BPKKKU (Pindaan 1/2009) - Dewasa

 

 

4.      Adakah tempoh persekolahan murid-murid pendidikan khas sama dengan pelajar di aliran perdana?

 

Pada dasarnya tempoh persekolahan adalah sama dengan murid di aliran perdana namun terdapat kelonggaran tempoh selama 2 tahun iaitu murid pendidikan khas diberi alternatif menggunakan tempoh tambahan 2 tahun tersebut di sekolah rendah atau di sekolah menengah. Sebagai contoh :

Murid pendidikan khas dibenarkan belajar di sekolah rendah sehingga 14 tahun. Murid pendidikan khas di benarkan belajar di sekolah menengah sehingga 19 tahun .

 

 

5.      Adakah murid pendidikan khas boleh mengambil peperiksaan awam?

Ya,murid pendidikan khas boleh mengambil peperiksaan awam. Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil.23/1998.

 

  

6.      Adakah semua pelajar OKU layak mendapat elaun murid khas ?

Elaun murid khas sebanyak RM 150.00 sebulan ( mengikut tahun semasa )hanya akan dibayar kepada pelajar OKU di sekolah bantuan kerajaan sahaja. Pelajar tersebut juga perlu mempunyai Kad Kenal Diri OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat serta akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional.

 

 

7.      Adakah ibu bapa perlu menyerahkan buku akaun bank untuk disimpan oleh pihak sekolah ?

Ya, buku bank bagi murid yang menerima elaun murid khas perlu disimpan oleh pihak sekolah. Ibu bapa perlu mengisi borang permohonan mengeluarkan wang sebelum buku tersebut diserahkan untuk tujuan pengeluaran wang.