Soalan-soalan Lazim

1. Bagaimana prosedur perolehan peralatan ICT oleh Sekolah-sekolah?

    Prosedur perolehan peralatan ICT boleh disemak di pautan => Prosedur Perolehan ICT

2. Di manakah boleh saya mendapatkan borang JPICT?

Borang Permohonan JKICT boleh dimuat turun di pautan berikut :

Borang kelulusan teknikal inisiatif ICT Bahagian dan Agensi di Bawah KPM

3. Bagaimanakah tatacara Permohonan dan Penggunaan Data EMIS boleh dilakukan?

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pangkalan data EMIS yang telah dibina dengan kerjasama rapat pegawai-pegawai di JPN/PPD. Ke arah menjaga integriti data EMIS, BPPDP mencadangkan supaya tatacara permohonan dan penggunaan data EMIS di JPN/PPD adalah mengikut garis panduan seperti berikut :

1.Unit ICT/Maklumat adalah penjaga mutlak kepada pangkalan data EMIS di JPN/PPD/Sekolah. Ia bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kerahsiaan data serta melayan setiap permintaan data daripada unit-unit lain.

2.Data daripada pangkalan data EMIS hanya boleh dikeluarkan oleh pegawai-pegawai daripada Unit ICT/Maklumat sahaja untuk dibekalkan kepada unit atau pegawai dalam JPN/PPD yang sama ataupun kepada agensi-agensi luar.

3.Setiap permohonan data daripada unit-unit lain kepada Unit ICT/Maklumat di JPN/PPD perlu mengikuti proses dan prosedur yang ditetapkan. Adalah menjadi dasar Unit ICT/Maklumat di JPN/PPD untuk tidak memberi keseluruhan pangkalan data secara lengkap kepada unit/agensi lain. Pengeluaran data adalah spesifik mengikut permintaan klien.

4.Pegawai-pegawai yang memohon data EMIS perlu menyatakan dengan jelas maklumat yang dipohon dan perlu memohonnya lebih awal beserta dengan format data yang dihasratkan. Ini adalah untuk memastikan Unit ICT/Maklumat dapat membekalkan data dan maklumat yang tepat seperti yang dipohon.

5.Unit-Unit di JPN/PPD tidak digalakkan memohon data EMIS bagi pihak Jabatan atau Bahagian lain di KPM kerana mereka boleh mendapatkannya terus daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

6.Unit-Unit di JPN/PPD yang telah dibekalkan data daripada Unit ICT/Maklumat seharusnya menggunakan maklumat tersebut berdasarkan kepada tujuan asal permintaan dibuat. Mereka tidak boleh membekalkan data yang telah diperolehi itu kepada unit atau pegawai lain sama ada dalam jabatan atau pejabat mahupun agensi-agensi luar bagi tujuan lain.

7.Permohonan data daripada pangkalan data EMIS daripada pihak swasta, NGO atau orang perseorangan perlu diteliti terutama bagi maklumat yang sensitif contohnya enrolmen ikut kaum dan profil guru. Maklumat seperti ini hanya boleh dikeluarkan dengan kelulusan Pengarah, Pegawai Pejabat Pelajaran Gabungan, Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah atau Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kecil masing-masing.

Rujukan : KP(BPPDP)/601/028Jld.8(15)

4. Apakah prosedur permohonan pembangunan sistem baharu bagi JPN dan PPD?

Bahagian yang terlibat perlu mengemukakan permohonan rasmi kepada Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan menyediakan kertas kerja keperluan sistem. Sila rujuk Lampiran A1 untuk mendapatkan aliran proses yang lebih jelas. Permohonan hendaklah disusuli dengan kertas cadangan teknikal untuk kelulusan JKICT mengikut format yang ditetapkan di dalam Surat Pekeliling ICT Bil 1 Tahun 2009 - Garispanduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Inisiatif ICT Bahagian Dan Agensi Di Bawah KPM ( Sila klik untuk melihat format kertas cadangan tersebut).