Kepada;

Semua Guru Besar , PK HEM dan Guru Kelas Tahun 6

Sekolah-sekolah SK / SJK(C) / SJK(T)

Negeri Perak.

 

PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 DAN KELAS PERALIHAN SESI PERSEKOLAHAN 2014 DI DALAM APDM

Mohon kerjasama daripada semua Guru Kelas Tahun 6  SK / SJK(C) / SJK(T)  negeri Perak untuk membuat permohonan ke Tingkatan 1 dan Kelas Peralihan sesi persekolahan 2014 (eDaftarMenengah) di dalam Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) mulai 1 Ogos 2013 (selepas jam 2.30 ptg) sehingga 14 September 2013.

Guru Kelas perlu memastikan maklumat data  murid telah dikemaskini dengan  lengkap sebelum membuat permohonan tersebut. Pihak Admin sekolah (PK HEM) bertanggungjawab sepenuhnya terhadap proses permohonan ini. Sila pastikan tiada data murid yang tercicir semasa proses ini dilakukan oleh guru kelas.

Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada Penolong  PPD Menengah / Penolong PPD Menengah (Pengurusan Murid) di PPD masing-masing . Kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat diharapkan agar tiada kesilapan dalam pengisian permohonan ini.

 

Sekian, terima kasih.

 

Unit Pengurusan Maklumat,

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak.

 

Joomla SEF URLs by Artio