PERMOHONAN MURID BERKEPERLUAN KHAS KE TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 TAHUN 2014 DENGAN MENGGUNAKAN SISTEM ONLINE

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia akan memulakan proses pengambilan dan penempatan murid berkeperluan khas ke tingkatan 1 dan tingkatan 4 bagi sesi persekolahan tahun 2014.

3. Permohonan penempatan murid ke tingkatan 1 dan tingkatan 4 boleh dimuat turun melalui laman web http://www.moe.gov.my/jpkhas/permohonan yang akan mula dibuka pada 20 Ogos 2013 sehingga 20 Oktober 2013. Sila panjangkan maklumat permohonan murid ini ke PPD dan sekolah-sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

 

-- Untuk maklumat lanjut sila muat turun surat siaran di bahagian attachments --

Attachments:
Download this file (JPN .docx)Permohonan Murid Berkeperluan Khas[ ]2222 kB
Joomla SEF URLs by Artio