Salam Sejahtera / Salam 1Malaysia,

 Kepada :

Semua Pengetua dan  Guru Besar

Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah

(u/p : Sekolah Yang Berkenaan – Rujuk attachment di bawah) 

 Tuan,

LATIHAN / KURSUS JURULATIH UTAMA (JU) BAGI MODUL PEMANTAPAN PEDAGOGI GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH (SR) DAN SEKOLAH MENENGAH (SM) DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI) TAHUN 2013

Perkara di atas adalah dirujuk. Surat daripada Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) nombor rujukan KP(BPG)9131/600/19/1 Jilid 4 (23) bertarikh 30 Julai 2013 adalah berkaitan. Untuk makluman, surat kepada semua peserta kursus telahpun diedarkan melalui faks ke sekolah yang terlibat dan melalui PPD masing-masing pada minggu lepas (31 Julai – 2 Ogos 2013). Di bawah adalah attachment softcopy surat peserta kursus dan lampiran berkaitan kursus.

2.         Dengan ini dimaklumkan bahawa BPG dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan melaksanakan kursus kepada kumpulan Jurulatih Utama (JU) Modul Pemantapan Pedagogi Guru Matematik Sekolah Rendah (Tahap 2 – Tahun 4 atau 5) dan Sekolah Menengah (Menengah Atas – Tingkatan 4 atau 5) yang memberi fokus kepada kemahiran proses matematik dalam dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut ketetapan di bawah :-

Tarikh                   : 18-20 Ogos 2013 (Ahad – Selasa)

Tempat                :  Hotel Heritage,

                               Jalan Raja Di Hilir,

                               30350 Ipoh, Perak.

Pendaftaran       : 2.00 ptg (18 Ogos 2013)

Slot 1 Bermula : 2.30 petang (18 Ogos 2013)

Pakaian             : Rasmi

 3.        Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan untuk membenar dan memastikan guru sekolah tuan (seperti dalam Lampiran A – Rujuk attachment di bawah) untuk hadir ke pusat kursus seperti ketetapan di atas bagi memantapkan tugas sebagai Jurulatih Utama untuk persediaan kursus secara on-site di daerah selepas berakhirnya kursus di peringkat zon. KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing (u.p. Penolong PPD Sains dan Matematik) atau pegawai Matematik di Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak (u/p: En. Nor Hisham Bin Fahmi/Pn. Rohaya Bt. Meor Ahmad) di talian 05-2414000 samb. 122/135).

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

b.p Ketua Sektor Pengurusan Akademik

       Jabatan Pendidikan Perak.

dan;

b.p Bahagian Pendidikan Guru,

       Kementerian Pelajaran Malaysia

 

Attachments:
Access this URL (http://pelajaranperak.gov.my/perak/attachments/spa/SURATPEDAGOGI_Scan2Ogos2013.PDF)SURAT PEDAGOGI_Scan 2 Ogos 2013[ ]0 kB
Joomla SEF URLs by Artio