FAQ SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

 

1.       APAKAH PERKHIDMATAN KAUNSELING?

Ialah satu proses perhubungan menolong yang dilakukan oleh kaunselor bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela berlandaskan etika kaunseling.

 

2.        KEPADA SIAPAKAH PERKHIDMATAN INI DISEDIAKAN?

Perkhidmatan ini diberikan kepada pegawai-pegawai, staf sokongan, guru-guru yang berkhidmat di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Perak termasuklah ibubapa pelajar dan ahli keluarga terhampir.

 

3.       APAKAH BIDANG RANGKUMAN PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING?

Ia meliputi:

3.1     Perkhidmatan Ujian Psikologi

3.2     Perkhidmatan Kaunseling

3.3     Perkhidmatan Pencegahan dan Pembangunan Sahsiah

3.4     Perkhidmatan Konsultasi

3.5     Perkhidmatan Peningkatan Kemahiran Kaunseling

 

4.       APAKAH PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN?

Terdapat tiga aspek perkhidmatan yang disediakan :

4.1     Memberi perkhidmatan kaunseling secara individu atau kelompok

4.2     Memberi perkhidmatan kaunseling secara sukarela atau dirujuk , dan

4.3     Menyediakan laporan kaunseling kepada pihak yang berkenaan atau atas permintaan klien.

 

5.       APAKAH JENIS KAUNSELING?

5.1     Kaunseling Individu

Hanya melibatkan kaunselor dengan klien tanpa pencelahan dari mana-mana pihak. Ia melibatkan isu peribadi dan juga peningkatan kendiri.

       

5.2     Kaunseling Kelompok

Kaunseling yang melibatkan seramai 7-15 orang ahli yang mempunyai keseragaman dalam minat, kepentingan dan maklumat. Ia meliputi kaunseling yang berkaitan dengan isu organisasi, kerjaya, peningkaytan kemahiran, pegawai yang perlu dibantu, kepimpinan, psikososial, seksual dan sebagainya.

 

 

5.3     Kaunseling Keluarga

Kaunseling yang meliputi isu-isu peningkatan kemahiran berkeluarga, keibubapaan, permasalahan kekeluargaan, perkahwinan dan juga seksual. Kaunselor mungkin akan mengadakan sesi kaunseling individu bersama ahli keluarga.

 

6.       BAGAIMANAKAH CARA MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING?

6.1     Hubungi Sektor Psikologi dan Kaunseling melalui :

6.1.1          Surat / borang yang disediakan

6.1.2          Telefon/ sms / e-mail

6.1.3          Datang sendiri secara bersemuka

 

6.2     Alamat Surat Menyurat :

Sektor Psikologi dan Kaunseling

Jabatan Pelajaran Negeri Perak

Jalan Tun Abdul Razak

30640 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

          

6.3     No. Telefon :  Sektor Psikologi dan Kaunseling:

6.3.1  05- 5015258   atau 05-5015012  atau 05-5015205

 

6.4     No. Fax : Sektor Psikologi dan Kaunseling :

6.4.1  05- 5267945