Semua PPD, Pengetua, Guru Besar dan Guru Data negeri Perak,
 
Sukacita dimaklumkan, Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak dengan kerjasama semua PPD akan melaksanakan Program Pemantauan Kemaskini Data EMIS Online ke sekolah mulai 20 Ogos 2013. Sekolah-sekolah yang terpilih akan dimaklumkan.
 
Program ini bertujuan;
1. Memantau proses kemaskini data EMIS Online di peringkat sekolah.
2. Melaksana kesahan data (audit data) yang sebenar berbanding apa yang dilaporkan. Contoh: Jadual Waktu Peribadi, data enrolmen, kelulusan akademik dan ikhtisas, profil guru, dan lain-lain.
3. Memberi khidmat bantu kepada sekolah yang bermasalah (Ralat tidak dikemaskin/ ragu/ banyak).
 
Sehubugan itu, semua Pengetua/ Guru Besar dimohon memberi kerjasama sepenuhnya kepada pegawai yang akan melaksanakn program ini.
 
Sekian, terima kasih.
 

Unit Pengurusan Maklumat,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

Joomla SEF URLs by Artio