Pengetua,
u/p : Penolong Kanan Pentadbiran
 
Tuan / Puan,
 
SEMAKAN DAN PEMBETULAN DATA BSKG  e_OPERASI SEKOLAH 31 JULAI 2013
 
Merujuk kepada data e_Operasi 21 Ogos 2013 yang telah di semak, didapati terdapat keraguan perbandingan di antara pengisian guru dan keperluan guru di sekolah.
 
Perkara ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor iaitu :
 
1.  Enrolmen dan kelas murid mana-mana dari tingkatan 1 - 6 tidak diisi.
2.  Subjek dan kelas elektif mana-mana dari tingkatan 1 - 6 tidak diisi.
3.  Subjek dan kelas MPV dan MPT mana-mana dari tingkatan 4 - 5 tidak diisi.
4.  Data guru baru atau pertukaran masuk tiada di dalam sistem e_Operasi sekolah.
5.  Ikhtisas guru, subjek mengajar dan bilangan waktu mengajar.
 
Oleh yang sedemikian, mohon jasa baik Tuan / Puan untuk menyemak semula perkara-perkara di atas bagi mengelakkan daripada berlaku lebihan guru di sekolah Tuan / Puan. sila buat pembetulan sebelum pukul 12.00 tgh esok Jumaat 23 Ogos 2013. Data e-Operasi akan dianggap betul selepas tarikh dan masa berkenaan.
 
Pihak sekolah boleh meminta jasa baik PPD masing-masing untuk membantu mengemaskini data BSKG tersebut.  Tuan / Puan boleh memuat turun nama sekolah-sekolah yang terlibat di ruangan Attachment di bawah.
 
Sekian, terima kasih.
 
Unit Menengah,
Sektor Pengurusan Sekolah
Attachments:
Download this file (keperluan meragukan (sekolah).xls)keperluan meragukan (sekolah)[ ]30 kB
Joomla SEF URLs by Artio