Semua,
Pejabat Pendidikan Daerah
Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Negeri Perak.

Tuan,

BORANG BEKALAN  BTBTB460 BUKU TERBITAN BAHARU BAGI KEGUNAAN TAHUN 2014 DAN MEMASUKKAN DATA PESANAN DAN PENERIMAAN BUKU TEKS SPBT BAGI BUKU TERBITAN BAHARU (BTB) SERTA LAPORAN BUKU ROSAK DALAM APLIKASI eMATEKS  v.2

Sukacita saya merujuk perkara di atas.

2.         Dengan ini dimaklumkan bahawa pembekalan buku teks ke sekolah-sekolah bagi Buku Terbitan Baharu (BTB) kegunaan tahun 2014 dijadual bermula pada 2 September 2013. Pihak sekolah diminta mencetak borang bekalan BTBTB460 kegunaan tahun 2014 dan  Tatacara penggunaan borang BTBTB460 seperti Lampiran 1 dan Manual penggunaan Aplikasi eMATEKS.

4.         Aplikasi ini adalah bertujuan memastikan pembekalan dan penerimaan buku teks sampai ke sekolah mengikut jadual dan melaporkan buku rosak.

5.         Sekiranya terdapat sebarang masalah berhubung perkara ini, pihak sekolah boleh mendapatkan panduan manual penggunan emateks melalui laman web BBT http://www.moe.gov.my/bbt/ atau hubungi terus pegawai BBT seperti di bawah :

      4.1       En Kamarudin bin Ismail - ( 03-88844301)

      4.2       Pn Azlina binti Adnan – (03- 88844347)

      4.3       En Mohd Anuar bin Abdul Rani- ( 03-88844320)

6.         Diharapkan perkara ini dapat dilaksanakan di sekolah masing-masing untuk tindakan lanjut tanpa gagal. Kerjasama daripada tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

UNIT HAL EHWAL MURID,
SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Attachments:
Download this file (BUKU BARU  2014 BTBTB460.zip)BUKU BARU 2014 BTBTB460[ ]2101 kB
Download this file (LAMPIRAN DAN MANUAL EMATEKS.zip)LAMPIRAN DAN MANUAL EMATEKS[ ]2274 kB
Joomla SEF URLs by Artio