Semua Pengetua SMKA dan SABK

SURAT IRINGAN (COVER LETTER) BAGI PENGHANTARAN DOKUMEN KE BPI

Adalah dimaklumkan bahawa kebelakangan ini banyak terjadi kes kehilangan dokumen di Bahagian ini. Semakan Bahagian ini mendapati bahawa kebanyakan dokumen yang hilang ini adalah dokumen yang tidak disertakan dengan surat iringan daripada pihak tuan/puan. Sebagai contoh, bagi permohonan pembayaran elaun, permohonan cuti tanpa gaji, pengesahan dalam perkhidmatan serta penghantaran penyata perubahan (Kew.8).

Bahagian ini memandang serius isu sebegini dan sebagai salah satu langkah untuk menangani masalah kehilangan dokumen ini, pihak tuan/puan dengan ini DIARAHKAN untuk melampirkan surat iringan bagi SEMUA penghantaran dokumen ke BPI.

Bersama-sama ini disertakan contoh surat iringan yang perlu disediakan oleh pihak tuan/puan seperti di lampirkan. Arahan ini adalah berkuatkuasa serta-merta dan pihak tuan/puan diminta untuk memenuhi arahan ini supaya isu kehilangan dokumen dapat diatasi.

Contoh surat tersebut boleh dimuat turun melalui pautan ini.

 

Sekian, terima kasih.

Sektor Pendidikan Islam

Joomla SEF URLs by Artio