Salam Sejahtera / Salam 1Malaysia,

 Kepada :

Semua Pengetua

Sekolah Menengah

(u/p : Sekolah Yang Berkenaan – 76 buah Sekolah Menengah Rujuk attachment di bawah) 

 Tuan,

MAKLUMAT KETUA PANITIA MATEMATIK (SM) DAN KETUA PANITIA SAINS (SM) SEKOLAH BAND 3 DAN BAND 4

Perkara di atas adalah dirujuk. Surat daripada Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) nombor rujukan KP(BPG)9094/100/3/2 Jilid 4 (74) bertarikh 28 Ogos 2013 adalah berkaitan.

2.         Dengan ini dimaklumkan bahawa BPG bercadang untuk mengadakan beberapa siri program dan kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan kepada para pegawai JPN / PPD dan guru-guru di sekolah sepanjang bulan September hingga November 2013.

 3.        Sehubungan itu, bagi melancarkan usaha tersebut BPG memerlukan beberapa maklumat termasuk data maklumat Ketua Panitia Matematik dan Ketua Panitia Sains Sekolah Menengah (Sekolah Band 3 dan Band 4) - seperti dalam attachment di bawah. Maklumat tersebut perlu dilengkapkan dan dihantar melalui emel kepada alamat emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan salinan emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  selewat-lewatnya 3 Sept 2013 (Selasa). Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai di Sektor Pengurusan Akademik Akademik, JPN Perak (u/p: En. Nor Hisham Bin Fahmi) di talian 05-2414000 samb. 122 atau 019-4761240.

Sekian dimaklumkan. Kerjasama pihak tuan diucapkan ribuan terima kasih.

b.p Ketua Sektor Pengurusan Akademik

       Jabatan Pendidikan Perak.

dan;

b.p Bahagian Pendidikan Guru,

       Kementerian Pelajaran Malaysia

 

Attachments:
Download this file (Maklumat Ketua Panitia Matematik dan Sains_SM (Band 3 dan Band 4).xls)Maklumat Ketua Panitia Matematik dan Sains_SM (Band 3 dan Band 4).xls[Maklumat Ketua Panitia Matematik dan Sains]48 kB
Joomla SEF URLs by Artio