KEHADIRAN MURID: PT MESTI KLIK BUTANG KEMASKINI SEMUA KELAS
 
Semua PPD, Pengetua, Guru Besar, PK/GK HEM dan Pembantu Tadbir

Berdasarkan pemantauan data Kehadiran Murid, JPN Perak mendapati terdapat data yang menunjukkan begitu banyak sekolah TIDAK MENGISI KEHADIRAN MURID. Namun, setelah diselidiki sebenarnya PT yang bertanggung jawab telah melakukan kesilapan dari segi teknikal iaitu TIDAK KLIK BUTANG KEMASKINI SEMUA KELAS.
 
Sehubungan itu, mohon kerjasama semua pihak khususnya Pembantu Tadbir agar dapat klik Butang Kemaskini SEMUA KELAS walaupun kehadiran murid 100 peratus untuk kelas tersebut. Sila laksanakan tugasan ini SETIAP HARI SEBELUM jam 10.00 pagi.
 
PK/GK HEM pula bertanggung jawab memantau kerja-kerja kemaskini data Kehadiran Murid setiap hari tanpa gagal.
 
Sekian, terima kasih.
 
Unit Pengurusan Maklumat,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak
Joomla SEF URLs by Artio