LAWATAN PENATARAN PERSEDIAAN
PENILAIAN PENARAFAN BINTANG (SSR)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013

Adalah dimaklumkan bahawa Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan mengadakan Penilaian Penarafan Bintang (SSR) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  pada tahun 2014 meliputi semua Bahagian Profesional KPM, JPN dan PPD.

Sehubungan dengan itu, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) selaku urus setia Jawatankuasa Penilaian Penarafan Bintang (Perkhidmatan Teras) KPM Tahun 2013 akan mengadakan lawatan ke JPN dan PPD terpilih.  Lawatan kali ini dilaksanakan mengikut zon dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah dilantik sebagai tuan rumah bagi zon utara.  Maklumat lawatan adalah seperti berikut :

 

Zon Utara

JPN/PPD Perak (tuan rumah)
JPN/PPD Kedah
JPN/PPD Pulau Pinang|
JPN/PPD Perlis

Tarikh :           18 September 2013 (JPN)
                        19 September 2013 (PPD)
Masa :            8.30 pagi – 5.00 petang

 

Bagi melancarkan urusan lawatan, kerjasama tuan/puan adalah dimohon untuk membuat persediaan berikut :

1.    Mengambil perhatian kriteria dan subkriteria yang akan digunakan di bawah tiga (3) komponen utama penilaian penarafan bintang iaitu Komponen Pengurusan, Komponen Perkhidmatan Teras dan Komponen Pengurusan Pelanggan (seperti dalam lampiran 2);

2.    Menyediakan dokumen sokongan berpandukan kriteria penilaian penarafan bintang untuk rujukan panel.  Rekod dan dokumentasi perlu dikompil (compile) dan ditanda (tagging) mengikut kriteria dan subkriteria.

Bersama-sama ini disertakan seperlu keperluan untuk rujukan dan panduan.  Sila hubungi Sektor Jaminan Kualiti jika terdapat sebarang pertanyaan.

Sekian. Harap maklum.

Sektor Jaminan Kualiti

Penyelaras SSR JPN Perak

Joomla SEF URLs by Artio