Pengetua / Guru Besar,
Sekolah seluruh negeri Perak.

Tuan,

HEBAHAN PENYERTAAN MURID MENYERTAI PERTANDINGAN NAMEEXOWORLDS MALAYSIA 2019

Sukacita merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Planetarium Negara, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) akan menganjurkan pertandingan tersebut.

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah untuk menghebahkan berkaitan perkara ini kepada semua murid. Sekiranya berminat, pihak sekolah perlu mematuhi semua peraturan yang terkandung dalam pekeliling, surat siaran dan kenyataan media terkini yang sedang berkuatkuasa antaranya:

3.1       SPI Bil. 5 / 2016 (Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah) dan SPI Bil 5 / 2018 (Garis Panduan Perwakilan Kuasa Daripada Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan Dan Guru Kepada Pendaftar Bagi Kelulusan Permohonan Oleh Pihak Luar Menjalankan Aktiviti Melibatkan Murid, Guru Dan Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia) berhubung urusan penglibatan murid menyertai aktiviti agensi luar.

3.2       Penglibatan guru-guru adalah secara sukarela dan tanpa paksaan dengan tertakluk kepada Surat Siaran KPM Bil. 2/2016 (Peringatan Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu). Guru sekolah menengah perlu mematuhi kepada SPI Bil. 9/2016 (Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Secara Berperingkat-peringkat Mulai Tahun 2017) manakala guru sekolah rendah perlu mematuhi SPI Bil. 8/2016 - Pelaksanaan Kurikulum Sekolah Rendah (Semakan 2017) Secara Berperingkat-peringkat Mulai Tahun 2017 berhubung penggunaan masa dan peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran mengikut jam kredit setahun.

3.3       Tiada sebarang implikasi kewangan terhadap Jabatan Pendidikan Negeri Perak atau Pejabat Pendidikan Daerah.

3.4       E-melkan maklumat penyertaan setiap pasukan dari sekolah tuan ke: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sebarang pertanyaan, hubungi urus setia seperti di lampiran.

Sila klik attachments  untuk muat turun.

Sekian, terima kasih.

Unit Kokurikulum
Sektor Pembangunan Kemanusiaan

Joomla SEF URLs by Artio