Pengetua

SMK/SBP/SABK/MRSM/SMKA/Agama dan Swasta Negeri Perak.

Tuan,

TAKLIMAT PENGURUSAN, PENGOPERASIAN DAN PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2019

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.     Dimaklumkan bahawa pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang melibatkan Ujian Lisan dan Ujian Bertulis akan berjalan mengikut Jadual Waktu dan Jadual Kerja yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan. Pihak Lembaga Peperiksaan juga telah menyediakan dokumen Panduan Pentadbiran dan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Tahun 2019 sebagai garis panduan kepada semua pihak untuk melaksanakan pentaksiran ini.

3.     Sehubungan dengan itu, Penolong Kanan Pentadbiran diminta hadir ke taklimat berkenaan seperti di lampiran.

4.     Penolong Kanan Pentadbiran perlu menyampaikan taklimat yang sama di peringkat sekolah kepada guru-guru lain yang berkenaan.

5.     Mohon pihak tuan untuk memuat turun surat dan jadual di bahagian attachment. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohd Ismail b. Ni di talian 05-501 5178.

Sekian, terima kasih.

Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Penilaian dan Peperiksaan, JPN Perak

Joomla SEF URLs by Artio