Cetak
Jumlah paparan: 1936

Semua Pejabat Pendidikan Daerah

 

Pengetua / Guru Besar

Sekolah Menengah / Rendah Yang Berkenaan

Negeri Perak Darul Ridzuan

 

Tuan/ Puan,

 

PELAKSANAAN MENU SUSU DALAM RMT TAHUN 2019

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada surat KPM no.rujukan KPM.800-4/4/24(20) bertarikh 21 Jun 2019 berkaitan perkara di atas.

2.   Berdasarkan surat siaran yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan, pihak sekolah perlu merekod terimaan dan bayaran bagi Menu Susu dalam RMT di bawah lajur Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan membuat subsidiari secara manual untuk transaksi bagi menu susu berkenaan.

3.   Sekiranya terdapat pihak sekolah yang telah merekod transaksi tersebut dibawah lajur Program Susu Sekolah (PSS), pihak sekolah perlu membuat pindah peruntukan di mana ia memerlukan pengesahan KPTJ bagi pindahan tersebut. Pelarasan lajur adalah tidak dibenarkan.

 

Berikut merupakan langkah yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah jika berlaku situasi berkenaan:-

i.   Bagi mana-mana sekolah yang telah membuat pelarasan lajur dari (PSS ke RMT / RMT ke PSS), pihak sekolah adalah dimohon untuk membatalkan pelarasan lajur berkenaan dengan menggunakan id pelulus, kemudian perlu membuat pindah peruntukan sekiranya terimaan asal menggunakan lajur PSS. Jika terimaan asal menggunakan lajur RMT, pindah peruntukan tidak perlu dibuat hanya tindakan pembatalan pelarasan lajur sahaja yang perlu dilakukan.

 Situasi

 Lajur Asal

 Tukar Lajur

 Jenis Tindakan

 Tindakan Sekolah 

1

PSS

RMT

Pelarasan lajur

Batalkan Pelarasan

Pindah Peruntukan dari PSS ke RMT

2

RMT

PSS

Pelarasan lajur

Batalkan Pelarasan

Tidak perlu pindah peruntukan

3

RMT

PSS KE RMT

Pelarasan lajur

Batalkan Pelarasan dari RMT ke PSS dan Pelarasan dari PSS ke RMT

Tidak perlu pindah peruntukan

ii.   Sekiranya pihak sekolah telah membuat baucar bayaran, pastikan tindakan pembatalan baucar bayaran berkenaan dilakukan terlebih dahulu sebelum tindakan di atas (a) diambil. Seterusnya, panjangkan aduan kepada admin eSPKWS di Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri untuk menaikkkan semula baucar bayaran batal berkenaan dengan tindakan pembetulan lajur pembayaran kepada RMT.

 

4. Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan/ puan dalam perkara ini diucapkan berbanyak terima kasih.

Sekian, terima kasih.

 

UNIT AKAUN SEKOLAH

Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Attachments:
Download this file (KPM_Susu2019.pdf)Surat KPM Susu 2019.[Surat KPM Susu 2019.]131 kB
Joomla SEF URLs by Artio