Semua PPD, Pengetua/ Guru Besar, PK/GK Pentadbiran dan Guru Data

Untuk makluman, kerja-kerja kemaskini data EMIS Online masih berterusan seperti biasa. Semua sekolah telah diarahkan kemaskini, semak dan menghantar Cetakan Semakan Ralat serta Cetakan Pengesahan Sekolah SETIAP BULAN ke PPD tanpa gagal. Aktiviti ini selaras dengan kehendak  MS:ISO 9001-2008.

Berdasarkan maklum balas PPD, sejak akhir ini (Julai dan Ogos) hanya 20 peratus sekolah menghantar cetakan dimaksudkan ke PPD. Antara FOKUS UTAMA bulan Julai dan Ogos ialah Pengisian Amaun Gaji Baru.

Mohon semua PK/GK Pentadbiran bersama Pembantu Tadbir semak Amaun Gaji Baru melalui cetakan Utiliti Semak Ralat Perak - Klik butang Operasi Sah Gaji Baharu. ( Cetakan ini TIDAK PERLU DIHANTAR ke PPD, cukup sekadar menyemak dan sahkan AMAUN Gaji baharu semua guru dan staf. Tandatangan pengesahan semua guru/staf juga tidak diperlukan). 

Sehubungan itu, mohon kerjasama semua sekolah kemaskini data EMIS Online, semak dan menghantar cetakan dimaksudkan pada atau sebelum 30 September 2013.

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

Joomla SEF URLs by Artio