PERINGATAN UNTUK SEMUA PENGURUS SEKOLAH : PEMULANGAN PERUNTUKAN TUNTUTAN TERLEBIH TUNTUT SELEPAS PELARASAN 1 JUN 2019 - Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Perak
Cetak
Jumlah paparan: 2963

Semua Pejabat Pendidikan Daerah

 

Pengetua / Guru Besar

Sekolah Menengah / Rendah Yang Berkenaan

Negeri Perak Darul Ridzuan

 

Tuan/ Puan,

 

PERINGATAN UNTUK SEMUA PENGURUS SEKOLAH : PEMULANGAN PERUNTUKAN TUNTUTAN TERLEBIH TUNTUT SELEPAS PELARASAN 1 JUN 2019

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.   Dimaklumkan bahawa semua Pengurus Sekolah hendaklah membuat prosedur pemulangan peruntukan tuntutan terlebih tuntut sepertimana yang dinyatakan dalam BAB D: Surat Pekeliling Kewangan Bil.8/2012 selewat-lewatnya pada 31 OGOS 2019. Sebarang kelewatan pemulangan berkenaan tidak akan dipertimbangkan atau disokong oleh Bahagian Kewangan KPM sekiranya pihak sekolah mendapat teguran daripada pihak Audit.

3.   Pemulangan tuntutan terlebih tuntut hendaklah dibuat dalam SATU (1) KEPING CEK SAHAJA dengan memasukkan jumlah terkumpul lebihan daripada bantuan-bantuan umum dalam SPK Bil.8/2012 di atas nama Ketua Akauntan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Maklumat pecahan peruntukan mengikut bantuan hendaklah disertakan dalam lampiran dengan menggunakan Borang Peruntukan Terlebih Tuntut (PTT).

4.   Adalah menjadi tanggungjawab Pengurus Sekolah untuk memastikan jumlah peruntukan yang dinyatakan dalam cek tersebut adalah betul setelah menyemak pengiraan enrolmen dan kadar dengan teliti. Pemulangan peruntukan yang terlebih bayar tidak akan dipulangkan semula sekiranya cek telah ditunaikan.

5.   Kerjasama tuan/puan dalam memastikan prosedur pemulangan tuntutan terlebih tuntut dilaksanakan dengan lancar dalam tempoh yang ditetapkan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

 

UNIT AKAUN SEKOLAH

Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

Jabatan Pendidikan Negeri Perak