Semua Ketua Sektor
Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Semua Pengetua/Guru Besar
Sekolah Menengah dan Rendah Negeri Perak.

 
Tuan/Puan,

 

PEMAKLUMAN PINDAAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG32 HINGGA GRED DG54 DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2019

Dengan hormatnya saya merujuk tentang perkara di atas. 

2. Adalah dimaklumkan bahawa atas sebab yang tidak dapat dielakkan, iklan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bagi Julai Hingga Disember Tahun 2019 DILANJUTKAN seperti Jadual di bawah:

3. Manakala, tarikh tutup iklan bagi peringkat Pengetua / Guru Besar / Ketua Bahagian dan peringkat JPN / Bahagian adalah TIDAK BERUBAH.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.


Unit Naik Pangkat
Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

 

Joomla SEF URLs by Artio