Semua Pegawai Pendidikan Daerah,
Negeri Perak.

Semua Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Menengah / Rendah
Negeri Perak.

Tuan/Puan,

MODUL PERTUKARAN DALAM SISTEM E-PRESTASI BAGI PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) TAHUN 2019

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

  1.    Sukacita dimaklumkan Modul Pertukaran dalam sistem e-Prestasi bagi Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) telahdiaktifkan dan akan ditutup pada 30 Ogos 2019. Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan perlu melaksanakan pertukaran tersebut melalui sistem e-prestasi (https://eprestasi.moe.gov.my) dalam tempoh masa yang telah ditetapkan seperti di atas.

 

  1. Bersama-sama ini disertakan juga beberapa dokumen yang berkaitan seperti yang tersebut dibawah untuk rujukan pihak tuan/puan:

 

          3.1     Surat Arahan Daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak

          3.2     Panduan Pengguna e-Prestasi Pertukaran Guru Sekolah

 

  1. Sebarang pertanyaan mengenai perkara diatas, boleh dirujuk kepada Encik Mohd Saiful Maula Ab. Rashid 05-5015302 / 017 5613910. 

 

Sekian, terima kasih.

 

Unit Penilaian Tahap Kompetensi,

Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

JPN Perak. 

Attachments:
Download this file (KPPD.pdf)KPPD.pdf[ ]75 kB
Download this file (MODUL PERTUKARAN PEGAWAI.pdf)MODUL PERTUKARAN PEGAWAI.pdf[ ]1192 kB