Pengetua / Guru Besar

Sekolah Menengah / Rendah Yang Berkenaan

Negeri Perak Darul Ridzuan

 

Tuan/ Puan,

 

MAKLUMAN MENGENAI PERUBAHAN BORANG KUASA TETAP (AK52) BAGI URUSAN KUMPULAN WANG SEKOLAH

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan surat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) no.rujukan KPM.400-3/2/2(27) bertarikh 26 Ogos 2019.

2.     Untuk makluman pihak tuan/ puan, Bahagian Akaun KPM telah menambahbaik Borang Kuasa Tetap (AK52) bagi sekolah-sekolah selaras dengan SPANM Bil.6 Tahun 2018. Borang Kuasa Tetap (AK52) tersebut merangkumi kebenaran menandatangani cek (AK52(Cek)) serta capaian sistem perbankan internet (AK52(IB)) – bagi sekolah rintis yang menggunakan medium Electronic Fund Tarnsfer (EFT).

3.     Borang Kuasa Tetap (AK52) yang sedia ada masih terpakai bagi sekolah-sekolah yang tidak mengalami apa-apa perubahan bagi kebenaran menandatangani cek atau capaian sistem perbankan internet. Sekiranya terdapat pertukaran pegawai yang bertanggungjawab mengesah dan menunaikan cek/EFT, pihak sekolah perlu menggunakan Borang Kuasa Tetap (AK52) yang baharu.

4.     Penggunaan Borang Kuasa Tetap (AK52) yang baharu di peringkat sekolah akan bermula SERTA MERTA dari tarikh siaran ini dikeluarkan.

5.     Bersama-sama ini disertakan Surat Kementerian dan Borang Kuasa Tetap (AK52) yang baharu seperti di lampiran untuk perhatian pihak tuan/puan.

6.     Kerjasama dari pihak tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

 Sekian, terima kasih.

 

UNIT AKAUN SEKOLAH

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Attachments:
Download this file (AK52_KPM_2019.pdf)AK52_KPM_2019[AK52_KPM_2019]184 kB
Joomla SEF URLs by Artio