31 OGOS 2019 DAMANSARA. Festival Ukulele Malaysia 2019 Kali-2 diadakan pada 31/8/2019 anjuran bersama BSKK KPM dan Persatuan Pencinta Muzik Ukulele Malaysia di Atria Shopping Galery Damansara dan disertai oleh peserta dari Taiwan, Jepun, Thailand, China dan Malaysia. Festival ini menghimpunkan kumpulan-kumpulan Ukulele yang mempersembahkan persembahan ukulele.

SK Bidor buat kali pertama menyertai festival ini telah menjadi johan bagi kategori Junior dan Terbuka. Kumpulan Ukulele Junior ini terdiri daripada 16 orang murid Tahun 4 hingga Tahun 6. Manakala kategori terbuka pula disertai oleh 11 orang gabungan guru-guru dan PIBG.

Kedua-dua kumpulan ini dibimbing oleh Puan Siti Zainun bin Hanafiah, PK Kokurikulum SK Bidor. Tahniah dan syabas.

Joomla SEF URLs by Artio