Guru Besar & Pengetua

Sekolah-Sekolah Negeri Perak

 

 

PERMOHONAN TINGKATAN 1 & TINGKATAN 4 KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN

SEKOLAH KAWALAN 2014

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tersebut telah dibuka mulai 1 September 2013 sehingga 15 Oktober 2013.

 

3.            Permohonan boleh dilakukan oleh murid / ibu bapa / penjaga / waris melalui laman web http://public.moe.gov.my. Bagi pemohon yang tiada kemudahan untuk mengakses internet boleh membuat permohonan melalui Guru Kelas masing-masing.

 

4.            Guru Besar / Pengetua boleh membuat pengesahan permohonan mulai 1 September 2013 sehingga 4 November 2013. Pihak tuan boleh menghubungi terus Penolong PPD Menengah (Pengurusan Murid) atau Penolong PPD Menengah di PPD masing-masing atas sebarang kesulitan yang timbul.

 

Sekian, untuk makluman dan tindakan.

 

 

PENGURUSAN MURID (SM)

SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH,

JABATAN PENDIDIKAN PERAK