PEMAKLUMAN MENGENAI TARIKH PENYALURAN PERUNTUKAN PELARASAN JUN 2019 BAGI BANTUAN PERSEKOLAHAN KPM (BANTUAN UMUM) - Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Perak
Cetak
Jumlah paparan: 2200

Pengetua / Guru Besar

Sekolah Menengah / Rendah Yang Berkenaan

Negeri Perak Darul Ridzuan

 

Tuan / Puan,

 

PEMAKLUMAN MENGENAI TARIKH PENYALURAN PERUNTUKAN PELARASAN JUN 2019 BAGI BANTUAN PERSEKOLAHAN KPM (BANTUAN UMUM)

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.     Dimaklumkan bahawa KPM sedang menguruskan penyaluran peruntukan tambahan bagi tuntutan pelarasan sekolah-sekolah yang mengalami peningkatan bilangan enrolmen murid pada 1 Jun 2019 dan tarikh penyaluran ke akaun bank sekolah adalah seperti berikut :

Bil.

Batch

Jenis Bantuan

Tarikh Penyaluran Ke Akaun Sekolah

1.

1

Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK)

28 Ogos 2019

2.

Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA)

3.

Yuran Khas Sekolah (YKS)

4.

2

Bantuan Geran Per Kapita Prasekolah (PCG Pra)

29 Ogos 2019

5.

Bantuan Makanan Prasekolah (BMP)

6.

Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP)

7.

3

Bantuan Geran Per Kapita (PCG)

18 September 2019

8.

4

Bantuan Sukan Sekolah (BSS)

19 September 2019

9.

5

Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP)

25 September 2019

3.     Untuk makluman, KPM telah bersetuju untuk menyalurkan peruntukan BBTP sebanyak 35% daripada keseluruhan 4 komponen BBTP. Bagi SEKOLAH RENDAH adalah sebanyak RM7.35 PER MURID manakala SEKOLAH MENENGAH adalah sebanyak RM9.80 PER MURID. Pengiraannya adalah seperti berikut :

Bil.

Komponen BBTP

Peringkat

Kadar Per Murid (RM)

35% BBTP (RM)

1

Kertas Ujian Dalaman

 

Rendah

6.00

 

2

Sukan Tahunan Sekolah

6.00

 

3

Kokurikulum

3.00

 

4

Kegiatan Pendidikan Islam/ Moral

6.00

 

 

 

JUMLAH

21.00

7.35

1

Kertas Ujian Dalaman

 

Menengah

10.00

 

2

Sukan Tahunan Sekolah

6.00

 

3

Kokurikulum

6.00

 

4

Kegiatan Pendidikan Islam/ Moral

6.00

 

 

 

JUMLAH

28.00

9.80

4.     Sehubungan dengan itu, semua Pengurus Sekolah dimohon untuk menyemak penyata bank dan memastikan bahawa setiap penerimaan peruntukan berkenaan direkodkan dan dibelanjakan mengikut peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa. Peruntukan BBTP sebanyak 35% boleh dikekalkan di lajur tersebut. Sekiranya terdapat sebarang ketidaktepatan jumlah peruntukan dalam penyata bank setelah disemak dengan Surat Makluman Tuntutan Pelarasan 2019, mohon maklumkan dengan kadar segera melalui emel kepada Encik Muhammad Zuhair Azri Bin Lut (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.), Puan Banu a/p Sukumaran (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) atau Puan Rafiathul Norashikin Binti Sulaiman (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) untuk tindakan. Surat Makluman Tuntutan Pelarasan 2019 untuk peruntukan BBTP akan dibuat edaran dalam tempoh terdekat.

5.     Bersama ini disertakan email dari Cawangan Bantuan, Bahgaian Kewangan KPM berkaitan perkara ini.

 Sekian, terima kasih.

 

UNIT AKAUN SEKOLAH

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Attachments:
Download this file (Penyaluran Pelarasan PCG 2019.pdf)Penyaluran Pelarasan PCG 2019[Penyaluran Pelarasan PCG 2019]186 kB
Joomla SEF URLs by Artio