Pengetua / Guru Besar

Sekolah Menengah / Rendah Yang Berkenaan

Negeri Perak Darul Ridzuan

 

Tuan / Puan,

 

PEMAKLUMAN MENGENAI TUNTUTAN AWAL BANTUAN PERSEKOLAHAN KPM TAHUN 2020 MELALUI SISTEM eBANTUAN (eB)

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.     Merujuk kepada Bab B : Prosedur Tuntutan Awal - SPK Bil.8 Tahun 2012, semua sekolah adalah WAJIB TANPA GAGAL melaksanakan tuntutan awal tahun 2020. Tuntutan hendaklah berdasarkan enrolmen pelajar pada 1 Oktober 2019 dan dikemukakan ke Unit Akaun Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak sebelum atau pada 18 Oktober 2019 (Jumaat).

3.     Borang Tuntutan Awal Bantuan Perkapita tersebut boleh dimuat turun melalui buletin Portal Unit Akaun JPN Perak. Pihak sekolah diminta menggunakan format borang sedia ada seperti yang dimuat naik tanpa membuat sebarang pindaan.

4.     Pengurus Sekolah WAJIB membuat pengisytiharan baki dalam Lampiran B – Baki Sehingga 30 September 2019 bagi setiap bantuan seperti berikut :

        a) Bantuan Geran Per Kapita (PCG);

        b) Bantuan Geran Per Kapita Asrama (PCG Asrama);

        c) Bantuan Geran Per Kapita Prasekolah (PCG Pra);

        d) Bantuan Yuran Khas Sekolah (YKS);

        e) Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK);

        f) Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA);

        g) Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP);

        h) Bantuan Sukan Sekolah (BSS);

        i) Bantuan Makanan Prasekolah (BMP);

        j) Bantuan Bayaran Tambahan Prasekolah (BBTP);

        k) Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid (PPM); dan

        l) Bantuan Makanan Asrama (BMA).

5.     Semua Pengetua/ Guru Besar adalah diingatkan untuk menyemak dan memastikan pengiraan Tuntutan Awal Persekolahan yang dikemukakan adalah tepat dan lengkap bagi mengelakkan kes-kes terlebih pulang peruntukan atau terkurang terima peruntukan.

6.     Sila pastikan pihak tuan/puan menerima Surat Makluman Tuntutan Awal 2019 daripada pihak Jabatan selewat-lewatnya pada 30 November 2019 untuk semakan/rujukan. Sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila hubungi Unit Akaun Sekolah di talian 05-5015000 samb. 5100, 5095, 5099, 5102 atau 5289.

7.     Bersama ini disertakan email dari Cawangan Bantuan, Bahagian Kewangan KPM berkaitan perkara ini.

 Sekian, terima kasih.

 

UNIT AKAUN SEKOLAH

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Attachments:
Download this file (Lampiran A - BORANG TBP AWAL 2020.xls)Borang TBP Awal 2020[Borang TBP Awal 2020]212 kB
Download this file (Lampiran B - BAKI SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2019.xlsx)Lampiran B Baki 2019[Lampiran B Baki 2019]11 kB
Download this file (Tuntutan Awal PCG 2020.pdf)Tuntutan Awal PCG 2020[Tuntutan Awal PCG 2020]265 kB
Joomla SEF URLs by Artio