Kepada;

 

Semua Guru Besar & Pengetua

 

Sekolah-Sekolah Negeri Perak

 

 

 

MAKLUMAT TERKINI PENGISIAN DATA DALAM APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)

 

 

 

Adalah dimaklumkan terdapat beberapa maklumat terkini dalam pengisian data APDM.

 

 

 

1.         Padam data murid

 

Guru kelas boleh memadam data murid yang bertukar, dibuang sekolah, berhenti sekolah, meninggal dunia dan lain-lain kenyataan dengan mengklik butang Padam pada senarai nama murid kelas berkenaan.

 

 

 

2.         e-Daftar Tahun 1

 

Semua rayuan dalam e-Daftar Tahun 1 hendaklah dibuat di dalam sistem dengan mengklik butang rayuan di senarai nama murid ( Log-in melalui PT ) dan pilih sekolah yang berkenaan (dalam atau luar daerah). Selepas itu isi borang rayuan (RPS) secara manual.

 

 

 

3.         Permohonan Sekolah Kawalan/SBP Tingkatan 1

 

            Tindakan Guru Kelas

 

1.        Maklumkan hebahan kepada semua murid tahun 6.

 

2.        Edarkan borang permohonan kepada murid jika perlu – Borang boleh  dimuatturun melalui portal PPD masing-masing – Rujuk Pen. PPD Menengah (Pengurusan Murid).

 

3.        Isikan maklumat yang berkenaaan dalam sistem APDM (Menu Sekolah Kawalan)

 

4.        Sekiranya permohonan dibuat oleh ibubapa, pastikan cetakan borang permohonan yang lengkap diisi diserahkan kepada pihak sekolah (guru kelas) untuk semakan semula.

 

5.        Guru kelas perlu mengisi bahagian Akademik dalam permohonan yang dibuat oleh ibubapa. Guru kelas perlu semak senarai dalam sekolah kawalan kelas masing-masing dari masa ke semasa untuk melengkapkan bahagian Akademik tersebut.

 

6.         Untuk pengisian bahagian Pendidikan Islam (Diisi oleh guru kelas):

 

                        i.          Guru kelas isi bahagian J-Qaf (sekiranya murid terlibat)

 

                        ii.         * Sijil Pendidikan Islam (Wajib isi mulai 5 Oktober 2013)

 

7.        Jika semua permohonan telah lengkap diisi, guru besar boleh membuat pengesahan mengikut tarikh yang telah dimaklumkan. Guru Besar seboleh-bolehnya cuba membuat semakan borang permohonan yang lengkap yang telah dicetak.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

 

Unit Pengurusan Maklumat

 

Sektor Pengurusan Maklumat

 

 

 

 

 

 

 

Joomla SEF URLs by Artio