Melalui,
 
Ketua Jabatan/Pengetua/Guru Besar
 
Tuan/Puan,
 
TEMUDUGA SEBAGAI CALON SCHOOL IMPROVEMENT PARTNERS PLUS (SIPartners+) DAN SCHOOL IMPROVEMENT SPECIALIST COACHES PLUS (SISC+)
 
Dengan hotmatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Perak selaku urus setia Program Transfromasi Pejabat Pendidikan Daerah (GTP 2.0) mengucapkan tahniah kerana nama tuan/puan telah disenaraipendek untuk menghadiri temuduga sebagai calon SISC+ atau SIPartners+. Senarai calon yang terpilih boleh dirujuk pada lampiran di bawah.
 
Tuan/Puan dimohon untuk hadir ke sesi temuduga tersebut seperti pada ketetapan berikut :
 
Tarikh
Masa/Sesi
Tempat
 
23 – 26 September 2013
 
8.00 Pagi dan 2.00 Petang
Blok Kuliah Seri Siantan,
Institut Pendidikan Guru Kampus  Ipoh, Hulu Kinta
 
 
3.    Untuk makluman tuan/puan, temuduga ini bertujuan untuk memberi gambaran akan kesediaan tuan/puan kepada tugas dan tanggungjawab sebagai SISC+. Temuduga ini akan diadakan dalam 2 mod iaitu secara berkumpulan dan secara individu. Bagi tujuan temuduga, tuan/puan dimohon untuk membawa bersama-sama dokumen seperti dinyatakan dalam Lampiran 1.
 
4.         Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hubungi En. Mahbud b. Abd. Fatah di talian 05-2414000 sambungan 112. Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini adalah sangat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sila muat turun Lampiran 1 dan Senarai calon di bawah.
 
Sekian Terima Kasih.
 
 
Jabatan Pendidikan Perak
Jalan Tun Abdul Razak,
Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Joomla SEF URLs by Artio