Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah  Negeri Perak

Semua Pengetua / Guru Besar,
Sekolah Menengah / Rendah  Negeri Perak

Tuan,

PENGEMASKINIAN DATA TIDAK BERINTEGRITI DAN MAKLUMAT JENIS DARAH DI DALAM SISTEM HRMIS

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara seperti di atas.

2. Laporan sehingga 29 September 2019 telah menunjukkan sebanyak 274 data yang masih tidak berintegriti dan 1407 Pemilik Kompetensi yang tidak mempunyai maklumat jenis darah di dalam sistem HRMIS. Mohon Pentadbir HRMIS PPD/Sekolah untuk mengemaskini kesemua Data Tidak Berintegriti tersebut sebelum 11 Oktober 2019 (Jumaat). Bagi elemen pendidikan dan jenis darah, mohon individu untuk mengemaskininya di dalam sistem HRMIS dan maklumat tersebut perlu disahkan oleh Pentadbir HRMIS PPD/Sekolah masing-masing.

3. Kegagalan berbuat demikian akan menjejaskan peratusan pencapaian KPI HRMIS bagi Jabatan Pendidikan Perak.

4. Sila muat turun lampiran untuk tindakan selanjutnya.

 

Sekian, terima kasih.

 

Unit Perjawatan dan Perkhidmatan (HRMIS),
Sektor Sumber Manusia

Joomla SEF URLs by Artio