Pengetua
SMK / SBP / SABK
Kolej Vokasional / MRSM / Swasta / Agama
Negeri Perak Darul Ridzuan.

Tuan,

PENGURUSAN PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2019 NEGERI PERAK

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.     Sukacita dimaklumkan, Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dijalankan bermula 14 hingga 17 Oktober 2019 (Fasa 1) dan 5 hingga 28 November 2019 (Fasa 2). Jadual waktu peperiksaan tersebut boleh dimuat turun daripada portal Lembaga Peperiksaan di alamat: lp.moe.gov.my .

3.     Sehubungan itu, bagi memastikan peperiksaan dikendalikan mengikut prosedur yang ditetapkan, bersama-sama ini disertakan Lampiran A untuk makluman dan tindakan tuan. Maklumat lengkap berkaitan pengurusan peperiksaan bertulis boleh dirujuk daripada buku Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis yang boleh dimuat turun daripada portal Lembaga Peperiksaan.

Kerjasama tuan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

 

b/p:     Ketua Sektor
           Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan

Joomla SEF URLs by Artio