Kepada

Semua Guru Besar

Sekolah Rendah (SK / SJKC / SJKT)

Negeri Perak

 

MAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU PROGRAM ASRAMA MALAYSIA (AMal) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2020

Permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu ke Program Asrama Malaysia (AMal) KPM tahun 2020 akan dibuka kepada semua murid Tahun 6 tahun 2019 yang bersekolah di sekolah rendah (SK/SJKC/SJKT) di seluruh negara. Murid-murid yang memohon ke Program AMal boleh membuat pilihan untuk ditempatkan di sekolah-sekolah berikut:

BIL ASRAMA MALAYSIA NAMA SEKOLAH KATEGORI
1. AMal Kuala Lumpur Victoria Institution, Kuala Lumpur Lelaki Sahaja
2. AMal Johor SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru Perempuan Sahaja
3. AMal Sabah Maktab Sabah, Kota Kinabalu Lelaki & Perempuan
4. AMal Sarawak Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang, Sarawak Lelaki & Perempuan

Sehubungan dengan itu, perhatian dan tindakan Tuan/Puan Guru Besar agar memaklumkan tentang perkara ini ke semua murid Tahun 6 sekolah masing-masing dan sila MUAT TURUN dokumen di ruangan di bawah untuk dipanjangkan kepada murid-murid yang berminat. Permohonan ke Program Asrama Malaysia (AMal) dibuka bermula 18 November 2019.

 

Sekian, terima kasih.

 

Unit Hal Ehwal Murid

Sektor Pembangunan Kemanusiaan

Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Joomla SEF URLs by Artio