Pengetua dan Guru Besar

Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah

Seluruh Negeri Perak

 

 

Tuan,

 

HEBAHAN PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO PENDEK SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1441H

 

Dengan hormatnya surat Jabatan Agama Islam Perak, Bil (3) dlm. JAIPK/PENY/06/126 Jld 2 bertarikh 24 September 2019 adalah dirujuk.

 

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Perak akan mengadakan Pertandingan Mencipta Video Pendek Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1441H bertemakan “Akhlak Rasulullah Tauladan Sepanjang Zaman”.

 

  1. Tujuan pertandingan ini diadakan bagi memupuk semangat cinta kepada Rasulullah S.A.W. serta mencontohi akhlak Baginda di samping memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran murid dalam bidang multimedia ke arah menghasilkan produk yang memberi manfaat dan kesedaran.

 

  1. Penyertaan terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh negeri Perak. Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak tuan dipohon untuk menghebahkan pertandingan ini kepada semua murid di bawah pentadbiran tuan.

 

  1. Bersama-sama ini disertakan iklan, maklumat pertandingan, syarat-syarat dan borang penyertaan untuk perhatian pihak tuan.

 

Sekian, terima kasih.

Joomla SEF URLs by Artio