SEMUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH NEGERI PERAK

SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR
SEKOLAH NEGERI PERAK

 

Tuan,

SEMAKAN KEPUTUSAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) TAHUN 2019 NEGERI PERAK

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan, bahawa peserta yang telah menghadiri kursus PTM pada 15 hingga 19 April 2019, bertempat di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang boleh menyemak dan mencetak keputusan PTM melalui capaian tersebut :

                                               https://ptm.moe.gov.my/?doit=semakKeputusan

                  ( Peserta diminta mencetak keputusan PTM dan membuat urusan pengesahan dalam perkhidmatan )

Bagi PPP lantikan baharu (2019) yang masih belum memohon dan mendaftar maklumat PTM kepada Unit Latihan dan Kemajuan Staf, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, sila buat permohoan melalui capaian tersebut (Google Foam)

                                              https://tinyurl.com/PERMOHONAN-PTM 

 

Sekian, terima kasih.

                                         

 

 

Joomla SEF URLs by Artio