Kepada :

Semua Guru Besar Sekolah Rendah

(Daerah Kinta Utara & Daerah Kinta Selatan sahaja)

 KURSUS PENDEDAHAN MODUL ASAS 3 & KELESTARIAN NUMERASI (DAERAH KINTA UTARA & DAERAH KINTA SELATAN), PERINGKAT NEGERI PERAK 2013

Perkara di atas adalah dirujuk.

Surat kepada semua peserta kursus kedua-dua daerah telahpun diedarkan melalui PPD masing-masing pada minggu lepas. Di bawah adalah attachment softcopy surat peserta kursus dan lampiran berkaitan kursus. Tuan berhak/boleh menukarkan nama guru Matematik sekolah tuan sekiranya nama yang diberikan tidak sesuai atau tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Berikan keutamaan kepada guru Matematik yang mengajar Tahun 2 atau Tahun 3. Untuk makluman, senarai nama yang dilampirkan diperolehi daripada PPD masing-masing pada bulan Mac 2013 yang lalu. Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memastikan peserta kursus/guru sekolah tuan dapat hadir kursus ini dan akan melaksanakan 'In-House Training" (kursus dalaman) kepada semua guru Matematik Tahun 1 hingga Tahun 6 setelah tamatnya kursus supaya segala input yang disampaikan semasa kursus di peringkat negeri dapat dikongsikan dan di'update' oleh warga sekolah khususnya guru-guru Matematik. Kursus dalaman boleh dijalankan di peringkat Panitia Matematik secara berperingkat melibatkan dalam tempoh 2-3 hari supaya segala input dapat dikongsikan dan dimanfaatkan bersama-sama. Mohon dapat dijalankan in-house training pada tahun ini dan tidak ditangguhkan ke tahun hadapan. Format Laporan Kursus Peringkat Sekolah akan ditaklimatkan dan diberikan semasa kursus kelak.

Tarikh : 26 – 28 September 2013 (Khamis - Sabtu)

Masa (Pendaftaran Hotel) : 2.00-2.45 petang (26 Sept 2013) - Khamis

Masa Taklimat Bermula : 3.00 - 4.30 petang (26 Sept 2013) - Khamis

Tempat : Ball Room 2 (Daerah Kinta Utara) & Dewan Daisy (Daerah Kinta Selatan)

Pakaian : Rasmi

Makan dan penginapan disediakan secara pakej dan tuntutan perjalanan menghadiri kursus adalah berdasarkan kadar satu tempat duduk teksi ke jabatan ini menggunakan peruntukan LINUS (Lit BM dan Num). Taklimat tuntutan perjalanan dan perjalanan kursus akan disampaikan dalam slot Urus Setia (3.00 petang-26 Sept 2013). Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada pegawai kami En. Nor Hisham Bin Fahmi, Pen. Pengarah Matematik di talian 05-2414000 samb. 122 atau 019-4761240.   

 

Sekian dimaklumkan.

Terima kasih.

b.p Ketua Sektor Pengurusan Akademik

Jabatan Pendidikan Perak.