SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR

SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAK

 

Tuan,

 

PENGESAHAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SECARA ATAS TALIAN(eGTukar) SESI JANUARI 2014

 

Merujuk perkara di atas, mohon kerjasama tuan / puan untuk membuat pengesahan dengan segera ke atas setiap permohonan pertukaran guru di dalam Sistem eGTukar.  Tindakan ini perlu disegerakan untuk membolehkan pihak PPD, JPN dan KPM mengambil tindakan seterusnya.  Kegagalan pihak tuan membuat pengesahan menyebabkan permohonan tersebut tidak diproses dan keputusan permohonan adalah Tidak Lulus.

2.       Untuk makluman, pihak sekolah tidak perlu menghantar salinan borang permohonan ke PPD / JPN. Sebaliknya, sekolah hanya perlu menghantar senarai nama pemohon yang telah disahkan.  Kerjasama tuan / puan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sila KLIK lampiran di bawah untuk melihat Status Tindakan Pengesahan oleh Pengetua / Guru Besar.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

 

Unit Pengurusan Guru

Sektor Pengurusan Sekolah

Jabatan Pendidikan Perak.

 

Attachments:
Download this file (STATISTIK KESELURUHAN PERMOHONAN.pdf)STATISTIK KESELURUHAN PERMOHONAN.pdf[ ]148 kB
Joomla SEF URLs by Artio