Salam sejahtera / Salam 1Malaysia,
 
Kepada ;
 
Semua Guru Besar
Sekolah Rendah Negeri Perak
 
 
Tajuk : PELAKSANAAN KURSUS ORIENTASI PELAKSANAAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) BAGI MATA PELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT) TAHUN 4 DI SEKOLAH RENDAH 2014
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
 
2.  Adalah dimaklumkan bahawa kursus Orientasi Pelaksanaan DSKP bagi mata pelajaran tersebut sedang dijalankan mengikut daerah pada tarikh yang telah ditetapkan.
 
3.  Bagi tujuan itu, pihak tuan/ puan dipohon untuk memastikan guru dari setiap sekolah yang mengikuti kursus ini adalah mengikut peruntukan bagi setiap mata pelajaran iaitu 1 guru mata pelajaran TMK dan 1 guru mata pelajaran RBT dan bukan 1 guru bagi kedua-dua mata pelajaran.
 
3. Pihak jabatan amat berbesar hati memohon kerjasama pihak tuan/ puan memastikan ketetapan ini diikuti bagi mengelakkan kekeliruan kerana kedua-dua mata pelajaran ini adalah mata pelajaran berbeza.
 
Terima kasih.
 
b.p Ketua Sektor Pengurusan Akademik
Attachments:
Download this file (SURAT SIARAN.pdf)SURAT SIARAN.pdf[ ]1796 kB