PROFIL SEKTOR
Sektor
Sektor Pengurusan Sekolah (SPS)
Timbalan Pengarah Pendidikan Pengurusan Sekolah
Encik Azmi Bin Dahali
PENGENALAN / OBJEKTIF
Objektif Sektor
- Meningkatkan prestasi pengurusan sekolah negeri Perak ke tahap cemerlang disamping memberikan khidmat bimbingan serta nasihat ke arah peningkatan kepimpinan yang lebih bermutu di sekolah.
- Memastikan semua sekolah dan warga pendidikan di negeri Perak mematuhi segala peraturan dan melaksanakan segala tugas serta tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan menjayakan dasar-dasar kerajaan.
- Memastikan semua kanak-kanak di negeri Perak mengikut peringkat umur ditetapkan mendapat tempat belajar dan menamatkan pendidikan rendah dan menengah agar menjadi rakyat yang bertanggungjawab, progresif dan berdisiplin.
- Memastikan bekalan guru ke semua sekolah kerajaan di negeri Perak mencukupi dan penggunaan tenaga manusia yang efisien.
- Memastikan semua murid di negeri Perak mencapai tahap yang memuaskan dalam mata pelajaran serta meningkatkan mutu akademik murid-murid tersebut melalui pendekatan pengurusan yang berkualiti.
FUNGSI DAN UNIT SEKTOR
Fungsi Sektor
- Menguruskan pendaftaran kemasukan, penempatan, pertukaran, tukar aliran serta permohonan kemasukan semula murid-murid bagi prasekolah, rendah, menengah dan tingkatan enam.
- Menguruskan penempatan dan pertukaran guru terlatih antara daerah/negeri bagi prasekolah, rendah, menengah dan tingkatan enam.
- Menguruskan cadangan pengisian jawatan dan penempatan Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran bagi sekolah rendah, menengah dan pusat tingkatan enam.
- Menyediakan waran perjawatan guru sekolah rendah, menengah dan pusat tingkatan enam. di negeri Perak.
- Menyediakan maklumat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bagi perjawatan dan kewangan untuk aktiviti-aktiviti sekolah prasekolah, rendah, menengah dan tingkatan enam.
- Mengurus kelulusan menambah atau mengurangkan bilangan kelas bagi sekolah menengah dan rendah di negeri Perak.
- Menguruskan Prasekolah di sekolah-sekolah yang terlibat dalam negeri Perak.
- Menjalankan tugas-tugas penyeliaan/pemantauan pengurusan prasekolah, rendah, menengah dan tingkatan enam.
- Menguruskan kemasukan murid ke Sekolah Menengah Rancangan Khas Negeri / Sekolah Kawalan.
- Mengendalikan kursus-kursus dalam perkhidmatan/ peningkatan profesionalisme keguruan.
- Menguruskan pembukaan kelas POL Bahasa Cina, Tamil dan Telegu.
- Menguruskan perluasan kelas BC dan BT di Sekolah Kebangsaan.
- Mengurus, memproses dan menganalisis data guru dan murid sekolah prasekolah, rendah, menengah dan tingkatan enam untuk tujuan pengurusan pendidikan.
- Menyelaras pengurusan sekolah-sekolah Kluster Kecemerlangan.
- Menguruskan permohonan permit mengajar, permohonan pendaftaran Ahli Lembaga Pengelola Sekolah, dan permohonan pendaftaran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
- Menguruskan permohonan cuti peristiwa sekolah dan permohonan penukaran nama sekolah.
- Menguruskan permohonan lawatan murid ke luar negara bagi sekolah menengah, rendah dan prasekolah.
- Menguruskan permohonan Bayaran-bayaran Lain (SUWA, asrama dan PIBG) dan kutipan derma.
- Menguruskan permohonan memberi ceramah, pameran, pementasan dan penggambaran.
- Menguruskan jemputan dan undangan orang kenamaan serta majlis rasmi sekolah.
- Menguruskan permohonan menjalankan penyelidikan di sekolah.
- Menyemak berita akhbar berkaitan pendidikan dan mengambil tindakan.
- Menguruskan kemudahan kepada Menteri dan orang kenamaan semasa lawatan rasmi ke negeri Perak.
- Menguruskan permohonan kemasukan murid bukan warga negara ke Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.
- Menguruskan pencalonan penganugerahan Bintang dan Darjah Kebesaran Persekutuan dan Negeri.
- Menguruskan khidmat nasihat kemasukan murid ke Sekolah Menengah Teknik.
Unit-unit Sektor
- Unit Menengah & Tingkatan Enam
- Unit Prasekolah & Rendah
- Unit Pendidikan Swasta
- Unit Sekolah Jenis Khas