PROFIL SEKTOR
Sektor
Sektor Pengurusan Akademik (SPA)
Ketua Sektor
Puan Hajah Rahimah Binti Mohamed
Alamat
Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Perak Tingkat 14, Bangunan Maybank Trust, Jalan Tun Sambanthan,30000 Ipoh
Nombor telefon
05-2414000
Nombor faks
05-2421834
PENGENALAN SEKTOR
Sektor Pengurusan Akademik (SPA) terdiri daripada tujuh unit yang bertanggungjawab menguruskan/memastikan kecemerlangan prestasi akademik di semua sekolah di Negeri Perak melalui pelaksanaan dasar kurikulum kebangsaan.
OBJEKTIF SEKTOR
-
Memastikan dasar kurikulum kebangsaan dilaksanakan dengan berkesan, amanah dan cekap di semua peringkat pengurusan pendidikan di seluruh Negeri Perak.
-
Memastikan semua program dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai kecemerlangan akademik dalam peperiksaan awam.
-
Mendidik murid menjadi warganegara yang berpengetahuan, berkemahiran, berketrampilan dan mempunyai nilai-nilai murni bagi melahirkan masyarakat yang berpotensi, berakhlak tinggi serta taat setia melalui pendidikan yang seimbang dan menyeluruh berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
FUNGSI DAN UNIT SEKTOR
Fungsi Sektor
-
Menyelia dan membuat pengesahan bagi aktiviti pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah-sekolah.
-
Membimbing dan member panduan kepada guru-guru berkaitan urusan (P&P).
-
Urus setia kepada jawatankuasa-jawatankuasa yang berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum di sekolah-sekolah.
-
Merancang dan melaksanakan projek-projek/program khas yang berkaitan dengan peningkatan prestasi dalam pencapaian akademik di peringkat negeri.
-
Merancang dan menyelaras strategi pelaksanaan semua mata pelajaran KBSR/KSSR dan KBSM/KSSM.
-
Merancang pelaksanaan program latih tubi untuk kelas-kelas peperiksaan peringkat negeri.
-
Menggerakkan program bersepadu Guru-Guru Cemerlang bagi meningkatkan lagi kecemerlangan akademik negeri.
Unit-unit Sektor
-
Unit Sains
-
Unit Bahasa Melayu
-
Unit Bahasa Inggeris
-
Unit Matematik
-
Unit Teknikal & Vokasional
-
Unit Kajian Kemasyarakatan
-
Unit ICT & Pengkomputeran