Pengetua/ Guru Besar,
Sekolah Menengah/ Sekolah Rendah Negeri Perak.
(Seperti dalam lampiran)

1. Semua urusan pembayaran perkhidmatan internet dalam tempoh interim dan projek 1BestariNet bagi tahun 2013 akan diuruskan oleh pihak BTP dan rangkaian sebagaimana termaktub dalam Arahan Pegawai Pengawal 2013, Kementerian Pendidikan Malaysia. 

2. Sehubungan dengan itu, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak telah mengedarkan bil perkhidmatan internet dalam tempoh interim bagi bulan Ogos (bil bertarikh 1 September 2013) dan September (bil bertarikh 1 Oktober 2013) ke seluruh Pusat Kegiatan Guru Negeri Perak.

3. Sekolah yang masih melanggan perkhidmatan internet dalam tempoh interim diminta hadir ke Pusat Kegiatan Guru kelompok masing-masing untuk mengesahkan bil tersebut mulai 9 Oktober hingga 18 Oktober 2013.

4. Maklumat lanjut sila hubungi Pusat Kegiatan Guru kelompok masing-masing.

Sekian, harap maklum. 

 

NAZARKHAN BIN ABDULLAH

Unit Perkhidmatan ICT,

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak.
Tel. : 05 - 292 4933 sambungan 115

Joomla SEF URLs by Artio