Pengetua/ Guru Besar,
Sekolah Menengah/ Sekolah Rendah Negeri Perak.
(Seperti dalam lampiran)

1. BTPN Perak mendapati bahawa pihak sekolah telah menandatangani User Acceptance Test (UAT) perkhidmatan internet di bawah Projek 1BestariNet seperti dalam Lampiran 1. Pihak Internet Servis Provider (ISP) juga masih menghantar bil internet interim bagi penggunaan bulan Ogos 2013 (tarikh bil 01 September 2013).

2.Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan dipohon untuk menamatkan perkhidmatan internet interim SERTA MERTA dan menghubungi ISP bagi memastikan perkhidmatan tersebut ditamatkan.

3.Untuk makluman tuan, BTPN Perak akan menamatkan pembayaran perkhidmatan internet interim sekolah tuan. Adalah menjadi tanggungjawab pihak tuan untuk menjelaskan pembayaran perkhidmatan tersebut sekiranya pihak tuan enggan membuat penamatan. 

 

Sekian, harap maklum. 

NAZARKHAN BIN ABDULLAH

Unit Perkhidmatan ICT,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak.
Tel. : 05 - 292 4933 sambungan 115