Pengetua,

Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan

Negeri Perak

(seperti dalam lampiran)

 

Tuan,

Bengkel Teknik Menjawab Kertas Kesusasteraan Bahasa Tamil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Peringkat Negeri Perak 2013

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2.      Dengan ini dimaklumkan bahawa, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Persatuan Guru-Guru Bahasa Tamil Sekolah Menengah Kebangsaan Negeri Perak dan Persatuan Guru-Guru Kesusasteraan Bahasa Tamil Malaysia  akan mengadakan satu bengkel teknik menjawab kertas kesusasteraan Bahasa Tamil (SPM) peringkat negeri Perak.

3.       Sehubungan dengan itu, bengkel ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

        Tarikh              :          12 Oktober 2013 (Sabtu)

        Masa               :          8.00 pagi hingga 4.30 petang

        Tempat           :           Bilik Gerakan,Tingkat 2, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Greentown, Ipoh

4.       Untuk makluman pihak tuan, segala perbelanjaan makan dan minum bengkel ini akan ditanggung oleh kedua-dua persatuan yang tersebut di atas.  Walau bagaimanapun segala perbelanjaan pengangkutan adalah berdasarkan kepada kemampuan peruntukan kewangan sekolah masing-masing. Jabatan Pendidikan Perak tidak menyediakan sebarang pengangkutan ke tempat bengkel.  Oleh itu pengangkutan guru dan pelajar ke tempat bengkel adalah di bawah tanggungan sekolah masing-masing.

5.      Kerjasama pihak tuan adalah diharapkan untuk memaklumkan bilangan guru dan pelajar yang akan mengambil bahagian dalam bengkel ini selewat-lewatnya sebelum atau pada 9 Oktober 2013 (Rabu) bagi tujuan pengurusan bengkel  ini. Sebarang pertanyaan sila berhubung terus  dengan En. Chandrasegaran a/l Narasimaloo, Penolong Pengarah (Bahasa Tamil) di talian 017-5822248 atau 05-2414000 sambungan 151 untuk maklumat lanjut.

 Sekian, terima kasih.

Attachments:
Download this file (BTAMIL.PDF)BTAMIL.PDF[ ]2496 kB