Cetak
Jumlah paparan: 6111

 

Kepada,

Semua Guru Besar,

Sekolah-sekolah Rendah Negeri Perak.

 

MAKLUMAN BERKAITAN DENGAN PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 DI SEKOLAH KAWALAN DAN SBP 2013

Adalah dimaklumkan terdapat sedikit masalah berkaitan no. kad pengenalan /sijil lahir pelajar yang digunakan semasa menduduki UPSR dengan no kad pengenalan/ sijil lahir yang terdapat di dalam APDM. Sekiranya terdapat masalah berikut di sekolah tuan, sila emelkan butiran berikut kepada Encik Muhammad bin Hassan (Penyelia SM – Pengurusan Murid) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Butiran yang dikehendaki adalah seperti berikut:

1.            Kod Sekolah dan Nama Sekolah

2.            Nama murid dan kelas

3.            Kad Pengenalan/Sijil Lahir yang didaftarkan dalam UPSR

4.            Kad Pengenalan/Sijil Lahir yang terdapat di dalam data APDM

Dimohon penghantar emel/maklumat memberikan butiran nama dan nombor telefon untuk dihubungi. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Muhammad di talian 05-501 5114 / 019-5654251

 

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

 

Joomla SEF URLs by Artio